Kenapa Lambat Jodoh?
Kenapa tak ada sape nak kat aku?
Adakah bersangkut-paut dengan cara memilih pasangan?
Menurut satu kajian, semakin ramai rakyat Malaysia yang berkahwin lewat.
Walaupun begitu, tidak salah kita berusaha dan berikhtiar sehingga jodoh kita sampai akhirnya.
Adakah ianya berpunca daripada diri sendiri ataupun orang lain? Adakah kita kurang berdoa?
Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, lambat bertemu
jodoh ini mungkin disebabkan:
1) Usaha Belum Sempurna
Usaha sudah dibuat tapi belum cukup sempurna. Kita telah berusaha untuk mencari jodoh dan kita telah berhenti dalam usaha yang ke 99. Mungkin Allah ingin memberikan kita jodoh dalam usaha kita yang ke 100. Maksudnya mudah, kita perlu berusaha dan terus berusaha kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.
>>Ebook Sentuhan Ajaib - Penyelesaian Masalah Anda<<
2) Belum Benar-Benar Bersedia
Pasangan sudah ada di depan mata, tapi belum benar-benar bersedia. Contoh orang yang benar-benar bersedia ialah dia merasakan seperti dirinya macam nak jadi suami orang, perempuan pula macam rasa nak jadi isteri.
Satu contoh mudah, orang yang tak ada anak, selepas
mengambil anak angkat, dengan izin Allah, mudah mengandung. Sebab bila dia
ambil anak angkat, si suami telah menjadi bapa dan si isteri telah menjadi ibu.
Jadi telah bersedia untuk dikurniakan anak.
Contoh lain dari sudut penampilan dan akhlak diri. Adakah sudah bersedia dari segi mental dan fizikal? Ubah penampilan dan akhlak sesuai seorang suami. Ketika itu anda pasti merasakan anda telah benar-benar bersedia.
3) Tiada Daya Penarik
Diri kita ibarat besi berani atau magnet kepada pasangan kita mahupun orang lain. Cara tingkatkan "power" magnet ini ialah isi dengan cas positif iaitu tidak dengki atau marah dengan orang lain, sabar dan amalkan perkara-perkara mahmudah.
Banyakkan beristighfar kerana ianya boleh cuci segala karat dalam hati. Sedangkan Baginda Nabi Muhammad SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari. Inikan pula kita yang sentiasa buat dosa setiap hari!
InsyaAllah orang yang nak datang meminang itu Allah mudahkan hatinya untuk hadir dalam hidup kita. Amin..
4) Doa Tidak Makbul
Allah berkuasa untuk makbulkan doa hamba-Nya bila-bila masa sahaja. Antara faktor doa tertahan ialah kita masih berterusan melakukan dosa, rezeki belum berkat, zakat belum ditunaikan dan masih berdendam dengan orang.
Cepat-cepat kita bersihkan hati dan amalan agar Allah segera segala permintaan kita untuk berjodoh!
5) Restu Ibu Bapa Belum Total
“Jodoh tak sampai juga mungkin disebabkan restu emak bapak
tidak total. Emak bapak masih rasa tak berapa sedap untuk lepaskan anak. Tanya
pada emak, ‘Mak benar-benar redha tak saya berumahtangga?’ Ada emak yang anak
sulungnya tak mahu dilepaskan, anak bongsu apatah lagi. Itu yang kadang-kadang
susah hendak dapat jodoh. Emak mahu anaknya kahwin tapi dalam hati masih tidak
benar-benar redha untuk lepaskan. Ini satu masalah yang besar.
Banyak kes yang saya jumpa, bila emaknya benar-benar redha,
terus dapat jodoh yang baik.
6) Faktor Metafizikal
Faktor metafizikal ini bermaksud faktor yang sukar untuk dijelaskan.
Contohnya terkena buatan orang, sihir dan sebaginya.Jika ini berlaku, carilah jalan untuk benteng diri kita atau
pulihkan diri kita dengan cara-cara yang munasabah untuk mengatasi masalah
belum bertemu jodoh.”