Doa Minta Jodoh Sampai Cepat




Assalamualaikum, doa minta jodoh ?

Mak.... Saya nak kawen!

(Dalam hati : macam mana nak kahwin, orang yang aku minat pun tak berminat kat aku!)

Ha.. Pasti pernah terlintas di fikiran anda tentang perkara tersebut. Saya juga pernah terfikir tntang perkara seperti ini. Walaupun bagi sesetengah orang mereka hanya membiarkan perkara tersebut berlalu difikiran sahaja, namun hakikatnya sebenarnya kita sendiri kena berusaha ke arah itu!

Mungkin anda terasa kekurangan diri dari sudut paras rupa, muka, saiz badan, usia dan sebagainya....
Namun sedarkah kita yang sebenarnya kita sendiri kena berusaha ke arah perkara tersebut?? Maksud saya kena juga cari pasangan hidup kita?

Tiada siapa yang tahu siapa yang akan kita kahwini pada masa hadapan, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Melalui pembacaan yang biasa kita dengar berkaitan dengan jodoh ini ialah :

1) Sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri. InsyaAllah jodoh yang baik pasti akan  hadir kepada kita.

2) Meminta pandangan orang yang lebih tua dalam bab memilih pasasngan hidup yang terbaik. Juga meminta pandangan daripada orang yang berilmu dan hati yang bersih kerana mereka dapat merasakan ketulusan dan kesesuaian pasangan tersebut dengan diri kita.

3) Berdoa pada Allah supaya diberikan pasangan yang sesuai untuk kita tanpa menghiraukan segala kekurangan yang ada pada diri kita.

Berkaitan dengan berdoa supaya dipertemukan jodoh, memang ada doa minta jodoh ni. Sudah ramai yang berjaya mendapatkan pasangan hidup mereka. Tak kira yang baru hendak nak cari pasangan, yang sudah bertunang tapi selalu bergaduh, isteri yang mempunyai suami yang panas baran dan sebagainya.




No comments:

Post a Comment